Ahad, 16 Disember 2018

Tak keluar tv dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias

Najib Aroff, Astro Awani
Tak keluar tv dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Tambah beliau tanpa bantuan stesen televisyen dan radio, dakwahnya adalah terbatas. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas terkenal Datuk Kazim Elias mengucapkan terima kasih kepada stesen televisyen dan radio yang selama ini memberi ruang kepada beliau untuk menyampaikan ceramah dan menyebarkan syiar islam.

Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah berjaya membawa mesej dakwah beliau ke serata negara.

“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua stesen televisyen dan radio yang menjadikan rancangan agama diantara yg diminati oleh penonton.
–– ADVERTISEMENT ––

“Saya bermula daripada surau dan masjid di dalam berkuliah sehinggalah kepada pelbagai medium dakwah yang lain dan yg paling berkesan ialah rancangan di dalam televisyen.

Tambah beliau tanpa bantuan stesen televisyen dan radio, dakwahnya adalah terbatas.

“Allah yang dapat membalas jasa mereka dari penerbit, krew, penaja, dan lain-lain dalam usaha meningkatkan dakwah Islamiah di Malaysia melalui televisyen,” katanya.

Ustaz Kazim berkata beliau akan meneruskan cermah dan dakwah beliau melalui  media sosial.

Tiada ulasan: