Luqman Hariz, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Pengunduran
17 ahli Parlimen dari UMNO setakat ini tidak bermakna Presidennya, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu melepaskan jawatan beliau.
Tekanan terhadap Zahid untuk melepaskan jawatannya semakin meningkat, tatkala beliau menghadapi 46 pertuduhan jenayah dan UMNO melalui tempoh paling getir dalam sejarah 72 tahunnya.
Desakan meletak jawatan itu termasuk daripada bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin.
Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Azmi Hassan, Zahid masih mempunyai kekuatan mental untuk memegang jawatan tertinggi parti itu.
“Ada mereka yang mengatakan Datuk Seri Zahid perlu berundur kerana dikaitkan dengan 45 atau 46 pertuduhan (jenayah).

“Tetapi bagi saya setakat ini Zahid telah menunjukkan kekuatan mental untuk terus menerajui UMNO,” katanya.
Azmi berkata pengunduran ahli Parlimen secara beramai-ramai walaupun belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO, tidak bermakna sokongan akar umbi akan pudar.
“Ramai yang mengatakan inilah tamatnya hayat UMNO. Tapi kita lihat akar umbi tidak mengikut apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen mereka.
“UMNO adalah parti akar umbi, yang mengukuhkan UMNO itu adalah sokongan akar umbi, bukannya sokongan ahli Parlimen,” katanya.
Azmi berkata ini dapat dilihat di seluruh negara kecuali Sabah, di mana pengunduran beramai-ramai ahli UMNO turut berlaku dalam kalangan akar umbi.
Pengunduran ahli Parlimen beramai-ramai sejak PRU14 dan defisit kepercayaan yang dilihat semakin meningkat terhadap UMNO, menguatkan desakan sesetengah pihak kepada figura berpengaruh UMNO untuk kekal dalam parti itu.
Ini termasuk kepada Khairy Jamaluddin, yang digesa untuk kekal di dalam UMNO untuk membantu rejuvenasi parti itu selepas individu berpengaruh lain seperti ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti itu.
Jumaat lalu bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melalui satu surat terbuka menggesa Khairy kekal di dalam UMNO untuk memastikan parti itu menjadi pembangkang yang efektif.
Azmi bagaimanapun berkata, usaha rejuvenasi UMNO tidak boleh dilakukan berpaksikan figura semata-mata.
“Yang membentuk figura adalah UMNO, wujudnya ikon dalam UMNO adalah kerana parti itu sendiri.
“Jadi kalau nak kata figura-figura seperti KJ (Khairy Jamaluddin) membentuk UMNO, saya kurang setuju. Ia adalah sebaliknya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan