Rabu, 26 Disember 2018

Seronok baca komen surat kekanda adinda – Mujahid

Mohammad Arif Nizam

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa meluahkan rasa seronok membaca komen-komen yang dilontarkan netizen terhadap penulisan ‘Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah’.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, lenggok bahasa kekanda adinda yang digunakan sengaja dipilih untuk menyampai mesejnya kali ini.

Menurutnya, jelas sekali istilah tersebut berjaya menarik perhatian masyarakat.

“Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua.

“Terima kasih atas teguran semua. Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya.

Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui,” kata Dr. Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

‘Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah’ yang ditulis Dr. Mujahid di Facebook beliau menerima 11 ribu komen dan hampir 7,000 perkongsian tidak sampai 24 jam status itu dimuatnaik.

Rata-rata komen berpendapat warkah yang menggunakan bahasa kekanda dan adinda itu tidak sesuai selain menjadi bahan jenaka buat Mujahid. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: