Hadi yang menjawab dengan tenang soalan lelaki itu berkata, PAS menolak cadangan DAP dan PKR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ia akan menyebabkan kawasan bandar dikuasai satu-satu kaum sahaja.
"Bila penduduk tertentu kuasai bandar, sudah tentulah bandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, Johor Bahru semua dikuasai kaum Cina DAP.
"Mereka boleh buat apa sahaja, mereka boleh benarkan arak, benarkan judi," kata Hadi.
"Kita boleh benar, oleh sebab itu (pilihan raya PBT) mesti melibatkan pemandu teksi, melibatkan semua pihak yang menghidupkan bandar.
"Kalau satu kaum saja yang menguasai akan timbul 13 Mei balik, kita mengalami peristiwa berdarah 13 Mei," kata Hadi.
Jawapan Hadi mengenai peristiwa 13 Mei itu membangkitkan kemarahan individu berkenaan apabila dia terus meninggikan suara.
Lelaki itu berkata, Hadi yang mengikut ajaran al-Quran - sebuah kitab pada abad keenam- telah menyebabkan fikirannya "terperangkap pada tahun 1969."
"Jika kamu mahu Malaysia maju dan bersaing dengan negara-negara lain, kamu perlu keluar dari kebodohan kamu," kata lelaki itu.
Apabila seorang hadirin lain dengan lembut meminta lelaki itu bertenang, dia memberitahu individu lain dalam sesi dialog itu supaya tidak masuk campur.
Lelaki itu - yang mendakwa telah menyumbang dana untuk PAS pada tahun 2013 - kemudian mencabar hadirin lain berjumpa dengannya "di luar".
Hadi mengulangi kenyataannya bahawa pilihan raya PBT boleh dijalankan dengan syarat ia tidak dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.
"Pilihan
raya (PBT) boleh dibuat, tapi mesti mewakili pemandu teksi, mewakili
peniaga kecil, mewakili peguam, macam-macam. Jangan mewakili satu-satu
kaum sahaja," katanya.
Jawapan Hadi itu dijawab lelaki berkenaan yang menggelarnya sebagai rasis dan kata-kata kesat yang lain.
Hadi
kemudian memberikan contoh bahawa peristiwa pergaduhan kaum pada tahun
1969 itu tidak berlaku di negeri majoriti penduduk Islam seperti di
Kelantan dan Terengganu.
Menurut
Hadi, kaum Cina dan India di negara ini suatu masa dahulu merupakan
pendatang yang telah dibawa masuk oleh British, manakal kaum Melayu
menerima mereka hingga Malaysia menjadi sebuah negara majmuk dan
masyarakatnya hidup dalam harmoni.
Oleh itu katanya
sistem pilihan raya PBT merupakan tinggalan British yang hanya akan
menyebabkan sesuatu kaum menguasai bandar dan menyebabkan ketegangan
kaum.
"Bila pilih satu kaum menguasai bandar akan berlaku
ketegangan dengan penduduk luar bandar dan dengan kaum- kaum lain. Ini
akan berlaku pergaduhan kaum," katanya.
Bagaimanapun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata kajian mengenainya akan diteruskan.
Katanya, kajian itu akan mengambil contoh pelaksanaan di negara lain, dengan mengikut acuan tempatan dan mengambil kira sentimen dan sensitiviti rakyat Malaysia.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan