Isnin, 24 Disember 2018

'RON95 sepatutnya RM1.86 seliter'

MALAYSIAKINI

   

Berdasarkan sistem mekanisme harga automatik (APM) yang diguna pakai kerajaan lama, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 seliter, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata data terbaru hari ini menunjukkan harga purata Means of Platts Singapore (Mops) untuk petrol RON95 jatuh kepada AUD$0.519 seliter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.

“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

“Tetapi menteri kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk senyap-senyap tibai,” kata Najib.

Justeru Najib menyindir bukan kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat tetapi rakyat sebenarnya sedang memberikan subsidi kepada kerajaan.

Kerajaan Pakatan Harapan menetapkan harga minyak RON95 pada harga RM2.20 seliter.

Menulis di Facebook hari ini, Najib juga berkata diskaun tol antara 10 hingga 20 peratus untuk pengguna Lebuh Raya Plus untuk hari natal juga telah dimansuhkan tahun ini.

“Lagi nak janji untuk mansuhkan tol? Happy holidays!” sindirnya.


Tiada ulasan: