PUTRAJAYA – Pemberian beg berjenama Herschel kepada beberapa
perwakilan yang hadir ke Perhimpunan Bersatu tidak diketahui oleh
pimpinan tertinggi sayap-sayap.
Ketua Srikandi Bersatu Datuk, Seri Rina Harun dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditanya wartawan mengenai perkara itu kelihatan terpinga-pinga.
Mengikut laporan Malaysiakini seramai lapan orang dari setiap bahagian – ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa – menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.
Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.
Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan “Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia” yang dijahit.
Bagaimanapun menurut sumber, beg berjenama yang pada mulanya dikatakan tulen dengan anggaran harga RM250 hingga RM300 sebuah itu sebenarnya dibeli secara pukal dengan harga RM18.50 sahaja dan ia bukanlah asli.
Kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan