Jumaat, 28 Disember 2018

'Belum ada permohonan bekas pemimpin Umno diluluskan'

 
    AGM BERSATU | Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan tiada permohonan bekas pemimpin Umno untuk menyertai parti itu yang telah diluluskan setakat ini.

Ia termasuklah permohonan oleh bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik yang diserahkan kepada Pengerusi Bersatu Melaka Mohd Redzuan Yusof awal bulan ini.

"Tiada yang telah mendapat kelulusan kerana seperti yang kita persetujui, mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai (wakil rakyat) bebas.

"Dan kemudian mereka akan melalui proses tapisan," katanya ketika sidang media sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda dan Srikandi Bersatu yang akan diadakan malam ini.

Di kalangan 16 anggota parlimen yang keluar Umno sejak parti itu kalah pada PRU ke-14, 12 orang pada masa ini menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan: