Jumaat, 28 Disember 2018
20 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya, Petronas mohon maaf
PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad mengeluarkan permohonan maaf selepas kira-kira 20 kereta tersadai di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi pagi ini selepas mengisi minyak di stesen Petronas Solaris Besraya.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pihaknya sudah mendapatkan pelanggan yang terjejas dan akan membayar pampasan kepada mereka dengan sewajarnya.
“Penilaian awal kami menunjukkan perkara ini berlaku disebabkan salah urus produk yang berlaku hanya di stesen ini.”
Petronas menambah pihaknya telah menutup stesen minyak itu buat sementara waktu untuk menyiasat perkara tersebut.
“Kami mengambil serius perkara ini dan memohon maaf dengan tulus kepada semua pelanggan kami atas kesulitan yang ditimbulkan.
“Kami memberi jaminan stesen Petronas yang lain tidak terjejas. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara yang serius ini dan kami memohon maaf sekali lagi.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan