ISMA WEB
168 mangsa dilaporkan maut, lebih 700 tercedera dan 30 masih hilang
Video Player
00:00
00:15
JAKARTA
– Sebuah video dramatik yang memaparkan kumpulan rock popular
Indonesia, Seventeen dihentam tsunami ketika membuat persembahan di
Pantai Anyer semalam, tular di media sosial.
Kumpulan
pop rock yang juga terkenal di Malaysia dengan lagunya ‘Selalu Mengalah’
itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di
Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.
Salah seorang anggotanya, Bani disahkan terkorban dalam kejadian itu, manakala tiga lagi anggotanya masih hilang.
Dalam
video yang dikongsi di media sosial, kumpulan Seventeen dapat dilihat
sedang mengadakan persembahan di atas pentas dengan ramai peminat yang
menyaksikannya, sebelum pentas roboh dihentam tsunami.
Video Player
00:00
02:20
Sementara
itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan,
jumlah kematian akibat tsunami itu meningkat dengan sekurang-kurangnya
168 orang terbunuh, 745 lagi cedera dan lebih 30 lagi hilang, dalam
bencana meluas yang melanda rantau Selat Sunda itu.
Petunjuk
awal tsunami itu dikatakan berlaku disebabkan runtuhan tanah di dasar
laut akibat letusan gunung berapi, Anak Krakatoa pada malam Sabtu.
Turut tular ialah saat gunung berapi itu hendak memuntahkan lahar sehari sebelum ia menggegarkan wilayah terbabit.
Pihak
berkuasa juga melarang orang ramai dan pelancong supaya tidak berada di
pesisir pantai di sepanjang Selat Sunda sehingga 25 Disember ini. –
Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan