MESYUARAT Jawatankuasa
Harian PAS Pusat membuat keputusan tidak akan meletakkan calon dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26
Januari 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Meskipun demikian sebagai sebuah parti
pembangkang, PAS mengharapkan Pilihan Raya Kecil ini turut menghasilkan
keputusan bagi menguatkan lagi wakil pembangkang, terutama dalam
Parlimen Malaysia.
Hal ini penting kerana amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Dengan kata lain peranan pembangkang adalah amat penting.
Selaras dengan di atas, maka PAS
memutuskan akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang
dalam Pilihan Raya Kecil ini nanti.
Sehubungan dengan itu PAS menyeru dan
akan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi
sebagaimana pendirian parti.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan