KOTA BHARU: Ketika parti lain menghadapi masalah khususnya Umno dan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya PAS berada dalam keadaan baik.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku itu menggambarkan kelebihan memperjuangkan Islam.
“Alhamdulillah kita bersyukur kerana PAS
dalam keadaan baik dan harmoni sekarang,” katanya kepada media ketika
ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri
Besar berkata, beliau pernah menyarankan Umno dibubarkan selepas Pilihan
Raya Umum (PRU) 14 dan menyertai PAS.
“Umno sekarang pada pandangan kita sudah
tidak ada masa depan khususnya aspek politik. Tempohnya sudah berakhir,
kerana itu kita berkawan dengan supaya mereka boleh bersama untuk
kepentingan Islam,” ujarnya.
Menurutnya suasana sekarang masa yang sesuai untuk ahli dan penyokong Umno bersama PAS. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan