KOTA BHARU: Kerajaan
negeri berharap Majlis Sukan Negeri (MSN) menetapkan peraturan dan garis
panduan bersukan yang selaras dengan tuntutan agama.
Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan
Ahmad Yakob berkata, terutamanya pakaian atlet wanita ketika riadah dan
sukan hendaklah dijaga tatatertib dan batasan mengikut tatacara agama.
Katanya langkah itu dibuat bertujuan menjaga kehormatan golongan wanita.
“Ini kerana Islam sama sekali tidak
menghalang sebarang aktiviti kesukanan, namun bagi atlet Kelantan
hendaklah menjaga syariat, etika dan agama ketika bersukan,” katanya
pada majlis penyampaian insentif kepada atlet di Dewan Teratai Kota
Darulnaim semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa
Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat,
anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan negeri.
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan