IPOH, — Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menerima mana-mana
ahli parlimen Sabah yang keluar Umno baru-baru ini walau ada desas-desus
mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PKR.
Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu akan akan mengadakan perbincangan dalaman termasuk bersama rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH).
“Jika ada permohonan (untuk menyertai kita), kita akan berbincang dan membuat keputusan. Kita parti demokratik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah di Hotel Casuarina Meru di sini hari ini.
Menteri pertahanan bagaimanapun menegaskan setakat ini perkara itu belum dibincangkan dalam parti.
“Biar mereka keluar Umno dulu. Kita akan bincang perkara ini dari semasa ke semasa,” katanya.
Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu akan akan mengadakan perbincangan dalaman termasuk bersama rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH).
“Jika ada permohonan (untuk menyertai kita), kita akan berbincang dan membuat keputusan. Kita parti demokratik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah di Hotel Casuarina Meru di sini hari ini.
Menteri pertahanan bagaimanapun menegaskan setakat ini perkara itu belum dibincangkan dalam parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan