Sabtu, 15 Disember 2018

Kit Siang tegaskan kerajaan PH tidak akan kekal tanpa dukungan Melayu

DENYUT REFORMASI

 
KUALA LUMPUR,— Pakatan Harapan (PH) harus berusaha untuk memenangi hati masyarakat Melayu bagi membantu pemulihan negara selepas pilihan raya umum, kata DAP.

Tokoh utamanya Lim Kit Siang berkata sokongan etnik majoriti itu penting bagi memastikan gabungan parti kerajaan itu kekal berkuasa dan menjalankan perubahan yang diinginkan.

“Kita perlukan lebih ramai Melayu turut terlibat. Jumlah ini [25 hingga 30 peratus] cukup untuk 9 Mei — untuk perubahan [kerajaan] tetapi tidak memadai untuk pemulihan [negara].

“[...] kita mesti mampu meningkatkan kefahaman dan sokongan Melayu [terhadap kerajaan]. Lebih ramai Melayu mesti berasa sebahagian daripadanya [perubahan],” katanya kepada portal Malaysiakini.

Namun Lim juga mengingatkan usaha meyakinkan Melayu untuk bersama kerajaan PH harus diimbangkan dengan sokongan etnik-etnik lain dalam negara ini.

Jika gagal, tambahnya, kerajaan PH tidak berupaya untuk kekal berkuasa. “Malaysia Baharu akan gagal, dan kita akan kembali kepada zaman sebelum 9 Mei,” katanya.

Beliau memberi contoh perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) baru-baru sebagai masalah “politik toksik” berhubung isu kaum.

Walaupun PAS dan Umno, yang semakin merosot pengaruhnya, usaha mesti diambil untuk menjawab naratif kumpulan ini yang berasaskan “kebencian dan ketakutan”, tambah Lim. 
 
 
 
 

Tiada ulasan: