Sabtu, 15 Disember 2018

Hampir 20,000 tandatangan petisyen bantah Tabung Haji bawah Kementerian Kewangan

ISMA WEB

Agenda letak TH bawah BNM ibarat halalkan pengawalan Lim Guan Eng



KUALA LUMPUR – Satu petisyen yang membantah tindakan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Kementerian Kewangan, telah berjaya mengumpul hampir 20,000 tandatangan.

Petisyen itu, “Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji (TH) Di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan”, yang dikelolakan Esmee Mat Isa dalam laman change.org, turut membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Esmee, agenda meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia BNM ini seumpama menghalalkan matlamat pihak tertentu untuk meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalan Lim Guan Eng sepenuhnya.

“Ayuh kita selamatkan aset umat Islam daripada jatuh ke tangan bukan Islam. Insya-Allah, jika berjaya mendapat sokongan umat Islam, kita akan usahakan satu memorandum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Esmee, seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia.

Sasaran petisyen berkenaan adalah untuk memperoleh 25,000 tandatangan.


Tiada ulasan: