Ribuan
peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah penolakan ratifikasi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju " Bantah ICERD" di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
KUALA LUMPUR – Jumlah peserta Himpunan Ummah bagi membantah
ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara hari ini dijangka mencecah
ratusan ribu orang. Ribuan
peserta yang hadir pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Ia berdasarkan lautan manusia berpakaian putih memenuhi sepanjang jalan setiap jalan utama dan ruang di ibu negara.
Mereka memenuhi kawasan-kawasan check point seawal pukul 7 pagi dan jumlah itu semakin meningkat menjelang pukul 11 pagi.
Sebahagian
peserta menunaikan solat zohor pada perhimpunan ‘Kesyukuran’ meraikan
kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
foto SYAFIQ AMBAK,
Tinjauan MalaysiaGazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja
Laut, Dataran Merdeka dan Jalan Perak mendapati kehadiran para peserta
himpunan itu yang berbaju putih dan membawa pelbagai sepanduk bertali
arus.
Dari kaki lima di LRT Masjid Jamek, kelihatan para peserta baju putih
berkumpul. Tidak kurang juga ramainya peserta berkumpul di tangga pusat
beli-belah Sogo. Ribuan
peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah menolak ratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Kehadiran ribuan peserta itu menyebabkan mereka tidak dapat berganjak
daripada tempat berkumpul. Ini dapat dilihat di sepanjang jalan di
hadapan Sogo berhampiran Hotel Swiss.
Sambil menunggu, ada kumpulan yang melaung-laungkan kata-kata semangat dan menyanyi lagu patriotik secara beramai-ramai.
Penganjur #Perhimpunan812 mensasarkan hampir setengah juta peserta untuk perhimpunan bersejarah itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi percaya himpunan hari ini menjangkaui angka 500,000
orang. Kelihatan
peserta memegang spanduk ‘Bantah ICERD’ pada Perhimpunan Ummah
membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Kau (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto
SYAFIQ AMBAK
Biarpun hujan renyai mulai pukul 4.50 petang, namun para peserta
tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga Hadi selesai memberi
amanat dan bacaan doa oleh penganjur.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang
dipetik daripada Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak
menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.
Beliau berkata, polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan