MACAM-macam usaha untuk
mematikan semangat rakyat untuk berhimpun menentang ICERD pada 8
Disember 2018. Cuba hendak gambarkan ini perhimpunan perkauman Melayu.
Macam-macam tuduhan dilabelkan kepada
penganjur. Buang duit. Lebih baik makan pisang di masjid. Geng serban
panjang. Membazir sahaja Kelantan bagi cuti peristiwa.
Bagus juga dengan tuduhan ini. Bertambah semangat rakyat untuk hadir apabila promosi dibuat oleh pemimpin PH.
Biarkan rakyat jadi hakim negara. Ini
masa pemimpin PH hadapi pula perhimpunan rakyat. Bukankah sebahagian
pemimpin besar PH kaki demo?
Bukan setakat demo, tidur atas jalan,
bermalam dalam khemah. Hisap gas, kena pukul. Jangan mudah lupa walaupun
sudah senang dan mendapat impian yang dicita. Atau pun sudah menjadi
almarhum.
Roda sentiasa berputar. Dulu hari awak, sekarang hari kami.
* USTAZ IDRIS AHMAD,Naib Presiden PAS
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan