KOTA BHARU: Perhimpunan
aman pemandu teksi mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
mengenakan peraturan yang dikenakan ke atas pemandu teksi diperluaskan
kepada pemandu Grab.
Pengerusi Pengerusi Persatuan Kereta
Sewa Terminal Bas Tesco, Azmi Mohd Zin, 44 berkata, pengusaha teksi
mempunyai permit, lesen memandu dan perlu menjalani ujian Puspakom.
Katanya, peraturan serupa dicadangkan dikenakan terhadap pemandu Grab bagi mempastikan tahap keselamatan penumpang.
"Apa yang kerajaan kenakan kepada pengusaha teksi ini kita minta turut dikenakan terhadap Grab.
“Semua orang tahu Grab mempunyai ibu
pejabat di Singapura, segala keuntungan dibawah ke sana. Itu sahaja yang
kita tuntut sebenarnya.
“Lain-lain tiada bahkan kita akur dengan
dasar kerajaan bahawa Grab di Malaysia dianggap sah oleh kerajaan,"
katanya pada perhimpunan aman di sini hari ini.
Lebih 200 pemandu teksi mengadakan
perhimpunan aman bagi menuntut keadilan daripada kerajaan Pakatan
Harapan yang dianggap mereka mengabaikan nasib teksi di Malaysia.
Perhimpunan yang dianjurkan itu turut
diadakan serentak seluruh negara dianjur Gabungan Teksi SeMalaysia
(GTSM) bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap syarat yang
dikenakan.
Pada perhimpunan itu mereka juga
menyerah memorandum kepada kerajaan negeri yang diwakili pegawai khas
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Mohd
Fariz Mat Rahim. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan