KOTA BHARU: Perletakan
jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dianggap sebagai
protes pemimpin PKR terhadap Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, kekusutan yang berlaku
dalam PH sekarang mungkin memberi kesan sehingga Nurul Izzah berbuat
demikian.
Katanya, PH sebelum ini memberi gambaran tidak akan memberi laluan pada ahli Umno menyertai mana-mana parti dalam gabungan itu.
“Namun apa yang berlaku sekarang sebaliknya pula,” ujarnya di sini.
Rabu lepas Umno Sabah hampir lumpuh
apabila 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian mengisytiharkan menjadi
wakil rakyat Bebas setelah keluar daripada parti itu.
Kemudian sehari selepas itu enam lagi
ahli Parlimen Umno keluar parti iaitu ahli Parlimen Hulu Terengganu
Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Dato’ Shabudin
Yahaya (Tasik Gelugor).
Selain itu Dato’ Mohamad Fasiah Mohd
Fakeh (Sabak Bernam), Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)
dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin (Larut).
Bagaimanapun sehingga sekarang empat
bekas wakil rakyat Umno menyertai Bersatu termasuk ahli parlimen Jeli
Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan ahli parlimen Bagan Serai Dato’ Dr Noor
Azmi Ghazali.
Keadaan itu menjadikan jumlah ahli parlimen Bersatu meningkat kepada 16 orang berbanding 12 pada 9 Mei lepas. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan