Selasa, 22 Mei 2018

UMNO JOHOR MAHU SEMUA JAWATAN DIPERTANDINGKAN


Wartawan Watan-Online



UMNO Johor hari memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang ini.

“Kita (UMNO Johor) setuju semua peringkat jawatan mesti dipertandingakan. Pada kita, ini peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Johor Bahru, pada Isnin

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Mohamed Khaled berkata mereka yang dipilih menjadi pemimpin kelak diharapkan dapat melakukan perubahan secara besar-besaran terhadap parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Tiada ulasan: