OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO, Tun Daim
Zainuddin mendakwa parti Melayu itu sebagai haram dan beliau tidak
boleh menjadi seorang ahli ‘pertubuhan haram’.
Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau keluar melawan bagi menegakkan keadilan.
“Saya memperjuang keadilan untuk rakyat. Saya tidak takut tindakan
disiplin yang akan diambil kerana UMNO sebuah pertubuhan haram dan di
bawah undang-undang, saya tidak boleh menjadi ahli pertubuhan haram,”
katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi, di Pendang.
Memetik laporan portal The Edge Market, dakwaan Daim itu berpunca
daripada tindakan UMNO yang menagguhkan pemilihan parti sehingga 19
April 2019 dan diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedangkan ia
sepatutnya dilakukan, pada 19 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan