Hukuman dikenakan untuk hapus kepercayaan terhadap Islam
XINJIANG – Tahanan muslim di Xinjiang, Beijing dipaksa memakan babi serta minum alkohol sebagai salah satu hukuman di kem pengasingan wilayah itu.
Mendedahkan
perkara itu, seorang bekas tahanan, Omir Bekali, 42, berkata hukuman itu
bertujuan menghapus kepercayaan terhadap Islam, mengubah pemikiran
politik tahanan dan ‘membentuk’semula identiti mereka.
Bekali
berkata, dia dan tahanan lain dipaksa menolak dan membenci agama Islam
dan hukuman keras akan diberi termasuk dipaksa makan daging babi bagi
mereka yang enggan tunduk kehendak mereka.
Malah,
tahanan turut dipaksa mengkritik diri mereka sendiri dan orang yang
tersayang serta mengucapkan terima kasih kepada Parti Komunis yang
berkuasa.
Apabila enggan mengikut arahan, Bekali dipaksa berdiri menghadap dinding selama lima jam.
“Seminggu kemudian, saya dihantar ke sel pengasingan tanpa diberikan makanan selama 24 jam.
“Perkara itu masih menghantui saya sehingga ke hari ini.
“Perkara itu masih menghantui saya sehingga ke hari ini.
“Tekanan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi amat menyeksakan, saya pernah terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Bekali dibebaskan setelah lawatan Timbalan Menteri Luar Kazakhstan dan berjaya meninggalkan China pada 4 Disember lalu.
Dianggarkan
sekitar 900,000 hingga satu juta orang Cina Islam telah ditahan di kem
‘pendidikan semula’ itu dalam usaha Beijing mengekang gerakan pemisah.
Ramai
pegawai di Xinjiang menolak untuk mengulas berkenaan kem berkenaan,
namun ada yang berkata, perubahan ideologi diperlukan untuk melawan
separatisme dan ekstremisme Islam.
Kem sedemikian berkembang pesat sepanjang tahun lalu, dengan hampir tiada proses kehakiman atau dokumen undang-undang. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan