Jumaat, 25 Mei 2018

Shabery Cheek letak jawatan Ketua UMNO Gong Chengal

sitifatimah


Undur diri di cawangan, peringkat bahagian akan diaturkan selepas ini


KEMAMAN – Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan meletak jawatan sebagai ketua UMNO cawangan Gong Chengal, semalam.

Kini jawatan tersebut dipangku timbalannya, Datuk Mustaffa Ab Rahman.

Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu berkata, peletakan jawatan itu adalah bagi memberi peluang golongan muda menerajui UMNO cawangan itu seterusnya membuka ruang kepada mereka menjadi pelapis untuk mengambil alih kepimpinan parti.

“Saya sendiri sebagai ketua cawangan berundur diri dan kita telah membina barisan pelapis untuk mengambil alih.

“Buat sementara waktu timbalan yang akan memimpin tetapi naib timbalan kita beri pada orang muda… Kita nak lihat lebih ramai wajah-wajah muda di peringkat kampung, (memimpin parti),” katanya.

Menurut Ahmad Shabery, beliau mengundurkan diri pada peringkat cawangan dahulu manakala di peringkat bahagian pula akan diaturkan kemudian.

“Sekarang ini cawangan dahulu… peringkat bahagian saya akan atur selepas ini dan sebenarnya jawatan saya sebagai timbalan bahagian juga akan diambil alih orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke -14 yang lalu, Ahmad Shabery berkata UMNO perlu melihat secara serius masalah pengundi-pengundi muda di saluran tiga dan empat bukan sahaja sahaja diperingkat atasan tetapi juga diperingkat bawahan.

“Majoriti ketua-ketua yang menjaga pusat daerah mengundi cawangan dan sebagainya kami perhatikan adalah orang yang sama sejak 20 hingga 30 tahun yang lalu.Bukan mereka ini tidak ada peranannya dan bukan tidak ada jasa sebagainya tetapi untuk memahami dan diterima golongan muda yang mana dari segi bahasa lenggoknya sudah berbeza.

“Sebab itu kita katakan bahawa perlu ada perubahan secara serius diadakan di semua peringkat bagi memastikan bahawa kepimpinan di peringkat akar umbi perlu di ambil dikalangan orang muda,“ katanya.


Tiada ulasan: