KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini
menafikan dakwaan bahawa beliau menyorokkan bukti berkaitan siasatan isu
1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Apandi berkata, semua keputusan dibuat sebelum ini adalah berdasarkan
fakta yang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang.
"Semua tindakan yang dilakukan saya adalah jelas dan tanpa berselindung akan mendedahkan semuanya.
"Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu.
"Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu
ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa
pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang," katanya seperti
dilaporkan BH Online.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH)
di sini, hari ini, berkata Apandi memperlekehkan kedudukannya dan
seakan menyembunyikan perkara yang sebenar.
Malah, dalam sidang media itu, beliau dipetik berkata Apandi dan bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat
berkaitan pembabitan dalam kes 1MDB.
Tegas beliau lagi, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.
"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini, " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan