Khamis, 24 Mei 2018

 
Sumber berkata, kerajaan bekas perdana menteri, Najib Razak, menggunakan dana daripada jualan tanah untuk membayar obligasi kewangan 1MDB kepada dana kerajaan Abu Dhabi, IPIC


Gambar Reuters


KUALA LUMPUR: Kerajaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan dana daripada bank pusat bagi membayar sejumlah liabiliti dana kerajaan yang bermasalah 1MDB, kata sumber yang bermaklumat kepada Reuters.

Dana daripada jualan tanah kerajaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM2 bilion (AS$502.51) digunakan untuk membayar obligasi kewangan 1MDB kepada dana kerajaan Abu Dhabi, IPIC, kata sumber.

Kementerian kewangan dikatakan telah menggunakan aset kerajaan bagi membuat beberapa bayaran bagi menyelamatkan 1MDB, kata satu sumber.

Kedua-dua sumber enggan dikenali kerana tidak diberi kuasa bercakap kepada media.

Bayaran daripada BMM itu mula-mula dilaporkan semalam oleh The Wall Street Journal.
BNM dan kementerian kewangan tidak menjawab pertanyaan mengenai dakwaan ini.

Berita ini muncul ketika menteri kewangan baru berkata kerajaan Najib tidak bercakap benar kepada orang ramai dan Parlimen berkaitan kedudukan kewangan negara dan 1MDB.

Kerajaan Najib menyelamatkan 1MDB yang menanggung hutang sejak April 2017, dengan membayar sebanyak RM6.98 bilion kata Lim Guan Eng, dan menambah bahawa pengarah 1MDB mengesahkan dana itu kini insolven.

1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dibuat pada April 2017 selepas 1MDB gagal membayar bon terbitannya.

Jumlah penyelesaian keseluruhan perlu dibayar kepada IPIC dalam 2 ansuran, masing-masing pada Julai, yang dibayar oleh 1MDB pada Ogos, dan satu lagi pada Disember.

Pada 27 Disember 1MDB memaklumkan ia telah membayar ansuran kedua itu dan jumlah keseluruhan dibayar melalui dana yang diperolehi daripada “program rasionalisasi” yang dijalankannya.

Namun begitu, sumber memberitahu ansuran kedua kepada IPIC dibayar oleh kementerian kewangan melalui dana daripada perjanjian jualan tanah kepada BNM.

Pada 4 Januari, BNM memberitahu ia bersetuju membeli satu lot tanah daripada kerajaan dengan harga kira-kira RM2 bilion selepas perbincangan selama beberapa bulan.

1MDB disiasat berkaitan dakwaan pengubahan wang di sekurang-kurangya 5 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapira. Dalam sebuah saman sivil, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa hampir AS$4.5 bilion dilesapkan daripada 1MDB.

1MDB menafikan salah laku dan Najib, yang mengasaskan dana itu, menolak dakwaan korupsi terhadap dirinya.

Beliau tewas dalam pilihan raya lepas dan digantikan oleh Tubn Dr Mahathir Mohamad yang membuka semula penyiasatan ke atas dana kerajaan itu dan melarang Najib keluar negara

Tiada ulasan: