Rabu, 23 Mei 2018

Arul Kanda hadir di Kementerian Kewangan

MALAYSIAKINI




Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hadir ke Kementerian Kewangan tengah hari ini, kemungkinan untuk bertemu dengan menterinya Lim Guan Eng.

Arul Kanda tiba pada kira-kira 2.50 petang di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Semalam, Lim berkata beliau mahu penjelasan daripada Arul Kanda berhubung kemampuan syarikat itu membayar faedah berjumlah RM143.75 juta sebelum tarikh akhir iaitu 30 Mei ini.

Lim berkata, 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini, untuk pembayaran faedah dan penyelesaian kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).


Tiada ulasan: