Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata,
kehadiran penyokong yang ramai dalam ceramah PH bukan ukuran sebenar
kerana Malaysia mempunyai lebih 30 juta penduduk.
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pengerang itu berkata, kehadiran penyokong yang ramai dalam ceramah PH bukan ukuran sebenar kerana Malaysia mempunyai lebih 30 juta penduduk.
“Sebarkan gambar palsu ini, saya simpulkan mereka wujud gerakan perang saraf, sengaja nak takutkan pengundi atas pagar.
“Mereka nak buat kesimpulan seolah-olah orang ramai ini kerajaan sudah tumbang. Saya agak terperanjat. Contoh di Putrajaya, kita siasat memang orang ramai, tetapi banyak orang luar.
“Saya difahamkan beberapa bas digerakkan untuk import (orang luar) dan mereka gunakan sistem live Facebook nak tunjukkan benar,” katanya dalam sebuah program di bilik gerakan BN Teluk Empang, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa PH “mengimport” orang luar menggunakan bas untuk menghadiri ceramahnya semata-mata mahu menunjukkan program mereka kononnya mendapat sambutan.
Azalina mendakwa pembangkang turut menggunakan helah cahaya lampu telefon untuk menunjukkan seolah-olah ramai penyokongnya hadir.
“Kalau betul orang ramai datang, biarlah rakyat tentukan, buat apa nak perang saraf seolah-olah mahu menakutkan rakyat?’
Sementara itu, Azalina sedih dan terkilan dengan tindakan bekas veteran Umno, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz menyokong PH.
Beliau menyarankan 2 bekas menteri kanan itu menyertai PH dan bertanding sebagai calon, jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik.
“Saya dulu 5 tahun tidak ada jawatan, saya tak pergi ceramah PH atau sebagainya. Ini tengok pembangkang kuat dah lompat kapal.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan