Rabu, 14 Februari 2018

Tugas kita adalah jangan alat permainan mereka.

DETIK DAILY

 
Oleh Ali Imran

Jadi ahli politik ini adalah satu kerjaya. Sama macam kerjaya-kerjaya yang lain.

Ia akan ada fasa mula, peningkatan, kejatuhan, peningkatan lagi dan sampai akhir.

Akan ada yang terjun ke dalam kerjaya ini dan bertahan sampai mati, ada yang berhenti sekerat jalan dan ada juga yang tak reti nak berhenti.

Ada yang masuk satu parti, kemudian dah tak suka lalu pindah parti. Samalah macam orang yang mula kerja di Google kemudian pindah masuk Intel.

Mereka ada keinginan peningkatan diri, sama dengan mahunya seorang jurutera yang tidak mahu jadi orang bawahan selamanya.

Macam masa kita mula kerja pun, akan ada orang yang sama maauk kerja dengan kita tapi dia bijak sikit, lalu digelar sebagai 'rookie'

. Ada juga yang masuk sebab ada kabel dan sejarah keluarga. Biasanya mereka ini 'spoilt brat'.
Tapi itu hanya pada awal masuk kerja.

Selepas beberapa tahun, kualiti sebenar setiap diri akan terserlah. Masing-masing jadi matang dan pandai mengatur gerak langkah.

Jadi bila lihat tindakan-tindakan ahli politik, lihat juga apa di belakang setiap tindakan mereka.
Sebab itulah macam mana mereka saling memaki pihak lawan di atas pentas di hadapan ribuan penyokong, tapi bila bertemu di parlimen siap bersalam, berpeluk, beramah mesra.

Masing-masing ada 'game'.

Orang bawahan pula percaya kononnya memang figura-figura ini berseteru. Jadi mereka sampai berusaha sehabis mungkin mempertahan pucuk pimpinan parti mereka.

Sedang mereka berbalas tumbukan di meja kedai kopi, pimpinan-pimpinan mereka yang berbeza parti enak sahaja pekena curut sambil gurau senda.

Tugas kita adalah jangan alat permainan mereka.

*Ali Imran. Wartawan Awam

Tiada ulasan: