SERIAN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menganggap semua anjing di negeri ini adalah pembawa virus rabies.
Sehubungan itu katanya, kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak
terutama penduduk agar memastikan haiwan itu divaksin bagi mencegah
penularan wabak berkenaan.
Menurutnya, kajian mendapati 50 hingga 60 peratus anjing berada di kawasan wabak membawa virus rabies.
“Ini satu perkara mustahak dan diharap masyarakat keseluruhannya
memberi sokongan terhadap usaha ini kerana tidak boleh pulih apabila
dijangkiti virus berkenaan,” katanya dalam akhbar selepas melawat mangsa
keenam kes rabies yang masih hidup di Kampung Bayur di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri,
Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr.
Jamilah Hashim.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, mangsa kanak-kanak lelaki berusia
lapan tahun itu terselamat, namun kini mengalami kecacatan otak dan
terlantar bergantung kepada mesin bantuan alat pernafasan.
“Keadaan mangsa seperti ini jarang terjadi dengan kurang 20 pesakit rabies di dunia terselamat.
“Kebanyakan kes adalah maut disebabkan tiada rawatan spesifik cuma
pencegahan sahaja. Jika terselamat akhirnya akan menjadi seperti keadaan
mangsa ini,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan