Oleh Subky Latif
PADA makan selesai
Fastaqim 2.0 Selangor di Shah Alam 21 Januari, saya duduk semeja sebelah
Sehak. Di sebelahnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang. Selalunya bila Tuan Guru Abdul Hadi hadir di majlis parti di
Selangor Sehak ada sama.
Masa makan itu kami tidak bercakap politik, tapi bercakap tentang masa muda semasa bujang dulu.
Seminggu kemudian Sehak mengumumkan dia akan tolong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Selangor tapi tidak masuk PAS.
Itulah Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas
Menteri Besar pertama Pakatan Selangor yang masa muda saya mengenalinya
Sehak. Ayahnya Haji Ibrahim, pesara polis, bondanya, neneknya, kakaknya
membahasakan Khalid itu Sehak dengan saya.
Saya tahu dia Khalid bila dia kahwin dan
saya jadi pengapitnya. Selepas kakaknya wartawan Siti Zaharah mati awal
1970-an kami putus hubungan. Bertemu semula dengannya bila dia masuk
PKR.
Saya tanya macam mana dia masuk politik?
Dia tidak minat politik. Diapun tidak tahu macam mana boleh jadi PKR.
Kira-kira katanya jika dia hendak berpolitik, dia masuk PAS.
Agaknya semasa dia dalam PKR dan jadi
Menteri Besar, dia tidak berpolitik sangat. Agaknya jika dia berpolitik,
dia ikut saja apa yang partinya mahu, dia selamat. Macam Dato' Seri
Shahidan Kassim.
Apa saja yang Dato' Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad kata
dulu, dia ikut saja. Dan sekarang, apa yang Mahathir kata dia tidak
ikut lagi. Dia ikut apa saja yang Dato' Seri Mohd Najib Razak kata.
Sekarang Khalid Ibrahim belum mahu
berpolitik lagi. Agaknya cukuplah dengan pengalaman singkatnya dalam
politik dengan PKR dulu. Mungkin payahnya dengan pengalaman yang singkat
itu jauh lebih payah dari kepayahan sepanjang dalam PNB dulu.
Tetapi dipercayai dia suka PAS. Kalau
dia masuk PAS dia berpolitik lagi. Maka dia putuskan setakat ini tidak
masuk PAS, sebaliknya dia hendak menolong PAS. Dia suka PAS menang dan
hendak melihat PAS menang baik di Selangor mahupun di Persekutuan.
Jika Selangor dapat dikuasai, itulah
yang sama disukainya. Bukan justeru hendak memadankan muka Dato' Seri
Mohamed Azmin Ali tetapi boleh menolong PAS menyambung kerja-kerja yang
tidak selesai dulu.
Sejak bersara dari MB dia selalu bersama
dalam majlis PAS dan tidak diketahui dia ada menolong PAS. Dalam PRU
nanti, dia berjanji untuk menolong PAS.
Menolong PAS itu samalah seperti
menyokong PAS, bahkan menolong itu adalah lebih baik dari menyokong.
Penyokong PAS itu adalah pada umumnya kekuatan yang kedua bagi parti
itu. Kekuatan peertamanya adalah orang PAS yang menjadi ahlinya. Dan
kedua adalah penyokongnya yang tidak menjadi ahlinya.
Penyokong itu memang berperanan.
Kadang-kadang ia memberi lebih banyak sumbangan daripada orang PAS
sendiri. Selama ini yang merancakkan kempen dan perjuangan PAS antaranya
adalah peranan penyokong. Macam-macam kerja yang penyokong buat,
kadang-kadang mereka lebih rancak berbanding petugas PAS.
Semasa saya bertanding dengan Mahathir
dalam PRU1999 di Kubang Pasu, antara datang menyumbang yang saya tidak
kenali adalah seorang dari Kuala Lumpur. Saya tanya dia berkhidmat di
mana? Jawabnya di PNB. Jangan-jangan sumbangannya dari Sehak.
Sekalipun Sehak dan Khalid itu adalah orang yang sama, tapi Sehak lebih dekat dengan saya kerana saya adalah 'family friend'nya.
Khalid tidak mahu masuk PAS tetapi dia mahu jadi penolong PAS. Penolong adalah ke depan dari penyokong. Penyokong ada sumbangan tetapi tidak semua penyokong memberi sumbangan. Selama ini penyokong banyak memberi sumbangan wang ringgit, tenaga dan semangat. Tapi ada juga penyokong memberi semangat saja.
Khalid tidak mahu masuk PAS tetapi dia mahu jadi penolong PAS. Penolong adalah ke depan dari penyokong. Penyokong ada sumbangan tetapi tidak semua penyokong memberi sumbangan. Selama ini penyokong banyak memberi sumbangan wang ringgit, tenaga dan semangat. Tapi ada juga penyokong memberi semangat saja.
Semangat dan pandangan adalah sumbangan
juga. Mungkin tiada yang lain dapat diberinya. Sebagai penyokong dia
tidak beri undinya pada orang lain dan dia pesan pada anak-anak dan
adik-beradiknya beri undi pada PAS.
Akan tetapi Khalid sudah berjanji mahu
menolong PAS. Menjadi penolong adalah lebih ke depan daripada menjadi
penyokong. Penyokong memberi sumbangan yang besar tetapi penolong
memberi lebih besar dalam serba serbi.
Di luar PAS penyumbang PAS itu penolong,
kemudian penyokong, lepas itu atas pagar boleh menyokong dan boleh
tidak menyokong. Menyokong bersebab. Jika tidak bersebab dia tidak
menyokong sebaliknya memberi undi pada orang lain. Atas pagar yang
terbaik ialah tidak menentang PAS dan tidak menyokong parti lawan.
Risiko orang atas pagar atau yang tidak
ke mana-mana ini ialah dia menunggu siapa boleh beri lebih banyak
kepadanya. Dari kanan dia terima dan dari kiri dia terima.
Sekalipun dia sudah terima dari satu
pihak, jika datang tawaran yang lebih baik, dia terima yang lebih baik
dan tidak pula pulangkan pemberian yang kurang itu. Dia makan keliling.
Mereka tidak anti-PAS tetapi tidak
mengundi PAS kerana PAS tidak dapat beri apa-apa padanya. Mereka adalah
sama saja dengan yang menentang PAS atau anti-PAS.
Orang seperti Khalid ini ramai. Dalam
musim pilihan raya mereka memenuhi markaz, seusai pilihan raya mereka
hilang. Bila ada pilihan raya mereka datang semula. Tetapi ramainya
tidak mengumumkan mereka menolong PAS. Yang berani mengaku menolong PAS
masa ini ialah Khalid.
Khalid bolehlah dikira rakan kongsi PAS
dan sekalipun tidak menjadi ahli PAS tetapi dengan mengumumannya
menyokong PAS seolah-olah dia sudah memutuskan hubungannya dengan satu
pihak lagi, yang tidak mungkin lagi dapat apa-apa daripada Khalid
sekurang-kurangnya dalam pilihan raya yang dekat ini.
Apa pertolongan yang Khalid hendak beri
tidak usah ditanya dan dikorek. Apa yang dia beri terima sajalah. Dia
bukan seorang saja menjadi rakan PAS. Ramai lagi yang sepertinya tetapi
tidak menyatakan sepertinya. Dan dia mungkin menjadi contoh kepada
lain-lain yang mahu melihat PAS berjaya dan bergaya dalam pilihan raya.
Dan kita mungkin tidak tahu orang duduk
di sebelah kita dan solat di masjid sebelah kita adalah seorang penolong
PAS seperti Khalid tetapi tidak menyatakan dirinya.
Khalid dipercayai tidak menolong sekadar
PRU ini saja. Dia akan menjadi kawan selepas PRU dan selama-lamanya.
Tidak kira PAS berkuasa atau tidak seleps PRU ini. Jika PAS berkuasa,
dia akan menjadi penolong yang sedia menunggu untuk apa-apa kerja saja
dalam kerajaan pro-Islam. Pertolongannya itu dalam apa bidang jua sedang
menunggu.
Dengan imejnya yang baik, orang yang
menunggu-nunggu apa dasar ekonomi dan pembangunan PAS setelah berkuasa
nanti boleh berpegang kepada ketokohannya dalam ekonomi, pembangunan,
kewangan dan lain-lain.
Amerika, Eropah, Jepun, China dan
lain-lain telah tahu lama dengan keuppayaannya. Bila dia mengumumkan
menolong PAS, maka dia telah memberitahu dunia seluruhnya tentang hala
tuju PAS yang berkuasa nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan