Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah hak rakyat dan
bukannya milik mana-mana 'legasi' kekeluargaan, kata Naib Presiden Parti
Alternatif Rakyat, Rahmad Ishak.
Malah katanya, rakyat kini semakin bosan dengan politik kekeluargaan yang kian subur dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk
Saifuddin Nasution Ismail bahawa pemimpin PKR yakin 'legasi' Datuk Seri
Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen itu masih kuat, apabila Umno mendakwa
kerusi itu bukan lagi kubu kuat pembangkang.
"Kerusi Permatang Pauh ini sebenarnya milik rakyat. Bukan milik
parti-parti politik atau dinasti mana-mana pemimpin politik. Dalam
keadaan toksik yang semakin tebal dalam arena politik di negara ini
khususnya yang berlaku dalam PH, kena tolak tepi dahulu.
"Rakyat sekarang sudah cukup pening kepala sudah dengan permainan parti
politik. Khususnya PH yang antara mereka sendiri lebih menjadikan soal
kekeluargaan sebagai keutamaan.
"Yang Tun M dengan cara Tun M, Kit Siang dengan cara Kit Siang, Anwar
Ibrahim cara Anwar. Nasib Mat Sabu tidak ada ada anak dia, kalau tidak
Mat Sabu pun akan jadikan benda sama juga. Untuk mempertahankan dinasti
keluarga hasil mandat rakyat," katanya ketika dihubungi Antarapos hari
ini.
Terdahulu, Saifuddin membalas kenyataan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk
Zaidi Mohd Said, yang dilaporkan berkata, walaupun Presiden PKR Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Naib Presiden PKR Nurul
Izzah Anwar, bertanding di Permatang Pauh, partinya akan merampas kerusi
itu tidak lama lagi.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PKR untuk tiga kali PRU dan
juga pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2015. Anwar memenangi
kerusi itu sejak 1982 menerusi tiket Barisan Nasional (BN).
Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya bertanding
pada 1999 dan menang kerusi itu selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara.
Azizah juga berjaya pertahankan kerusi itu pada PRU 2004 dan 2008.
Anwar kembali bertanding dan berjaya memenangi kerusi itu PRU 2013,
namun beliau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas dijatuhi
hukuman penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya,
Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Azizah kembali menyandang kerusi
tersebut sehingga kini.
Mengulas lanjut Rahmad berkata perkembangan itu memperlihatkan parti
reformasi itu kekurangan calon untuk dipertandingkan menjelang PRU14
akan datang.
"Kalau diberi peluang juga kepada dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim,
dari sudut undang-undang memang tidak menyalahi undang-undang. Tetapi
dari segi imej, maruah, kredibiliti ini tidak sihat. Ini tidak sihat.
"Apakah menunjukkan PKR Permatang Pauh tidak lagi mempunyai calon lain
atau mereka tidak memberi kepercayaan kepada ahli yang lebih layak untuk
bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Rahmad kemudiannya berkata kerusi Permatang Pauh bukan lagi kerusi selamat bagi PH untuk ditawan.
"Sepatutnya kawasan PKR ini yang sebahagiannya di kawasan Seberang
Perai Tengah, satu kawasan yang begitu dinamik untuk memacu ekonomi pada
orang Melayu khususnya. Tetapi ini tidak berlaku. Tidak berlaku,"
tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan