shahbudindotcom
Berucap di hadapan bakal jemaah haji tajaan 1MDB semalam, Najib Razak membebel beberapa perkara:-
Antaranya
beliau membidas Mukhriz Mahathir dengan menyeru agar kata-katanya tidak
dipercayai berbanding dirinya yang berpeluang masuk ke makam Rasulullah
ketika melakukan umrah baru-baru ini.
"Ketepikan
pemimpin seperti itu, tolak dia ke laut," kata Najib merujuk kepada
Mukhriz yang baru-baru ini malu mengaku sebagai rakyat Malaysia
berikutan skandal 1MDB begitu mencemarkan nama baik negara di peringkat
antarabangsa.
Selain
itu, beliau juga mempertahankan hutang 1MDB yang didakwanya tidak
hilang, bukan seperti kerugian dalam urusniaga forex ketika era Tun
Mahathir dahulu.
“Janganlah kita kutuk sangat 1MDB ini sampai kebaikannya kita tak nampak sama sekali. Janganlah fitnah.
“Janganlah
kata RM42 bilion lesap, RM42 bilion tak lesap. Itu hutang..hutang yang
boleh kita lunaskan oleh aset yang lebih daripada hutang.
“Hilang
duit, rugi besar itu kehilangan kerugian forex RM31 bilion. Itu lebih
besar kerugiannya pada negara. Dalam zaman siapa? Dalam zaman orang yang
kata kononnya haji 1MDB ini tak mabrur, Tuhan tak terima,” kata Najib
lagi.
Dalam
kedua-dua perkara yang Najib bebelkan itu, hanya satu soalan wajar
ditanyakan kepadanya - apa sampai merepek begitu sekali?
Begitu
terdesakkah Najib sehingga sanggup mempolitikkan pemergiannya
menunaikan umrah sambil berbangga dapat menziarahi makam Rasulullah?
Adakah dengan dapat menziarahi makam Rasulullah menjadikan Najib manusia yang suci bersih dan bebas daripada dosa?
Apakah menziarahi makam Rasulullah itu yang penting atau menjadikan akhlak Baginda sebagai contoh ikutan yang jauh lebih utama?
Dengan
berbangga dapat menziarahi makam Rasulullah, sudah berapa peratuskah
akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad SAW yang sudah diikuti Najib dalam
kehidupan seharian, mentadbir negara dan dalam menjaga keluarganya?
Jika tiada banyak akhlak Rasulullah yang diikutinya, tidak malukah Najib sekadar berbangga dapat masuk ke makam Baginda?
Lebih
dari itu, di hadapan bakal jemaah haji tajaan 1MDB itu juga Najib
lebih merepek dengan membandingkan hutang 1MDB dengan kerugian dalam
urusniaga forex.
Kenapa dibandingkan hutang 1MDB dengan kerugian forex?
Semua
orang tahu hutang memang tidak sepatutnya hilang, malah mesti dibayar
dan ia berbeza dengan kerugian forex yang merupakan satu urusniaga.
Tetapi, tidakkah daripada hutang 1MDB yang dicipta itu, sebahagiannya telah didapati dilencongkan dan akhirnya hilang?
Ke mana wang itu dilencongkan dan siapakah yang membayarnya?
Tidakkah
sebahagian daripada kaedah membayar hutang 1MDB itu ialah melalui tanah
TRX dan kem askar Sungai Besi yang diperolehi oleh syarikat pelaburan
tersebut dengan harga yang cukup murah?
Satu
lagi perbezaannya ialah kerugian forex benar-benar suatu kerugian dalam
urusniaga mata wang seperti yang sudah diakui oleh Nor Mohamed Yakcop
dan tiada sebahagian daripadanya terbukti masuk ke akuan peribadi
sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan