BANGI – Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini untuk empat minggu berturut-turut sejak 19 Oktober lalu.
Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 naik tujuh sen dan RON97 pula naik enam sen.
Harga
RON95 akan dijual RM2.31 seliter daripada RM2.24 minggu lalu. Manakala
harga RON97 pula naik kepada RM2.60 seliter daripada RM2.54 seliter.
Untuk harga diesel pula naik tiga sen daripada RM2.17 seliter kepada RM2.20 pada minggu ini.
Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 15 November depan.
Mulai
April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan
diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12
tengah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan