MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata pemakaian tudung
oleh pekerja beragama Islam tidak akan menjejaskan sesebuah destinasi
pelancongan di negeri itu.
Sebaliknya ujar Idris, pelancong akan mengutamakan perkhidmatan yang
berkualiti apabila berurusan dengan pekerja-pekerja di sektor
pelancongan.
Katanya lagi, pengusaha destinasi pelancongan perlu memastikan khidmat ditawarkan memenuhi kehendak pelanggan,
Idris dalam pada itu berkata tindakan melarang pekerja wanita Islam
memakai tudung disifatkan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan
tidak boleh terjadi di destinasi pelancongan di dalam atau luar negara,
malah ia merupakan pemikiran tertutup yang boleh menjejaskan destinasi
pelancongan negara.
"Sekiranya pihak pengurusan mengarahkan pekerjanya untuk membuka tudung
dan melarang individu itu daripada memakainya, namun perkhidmatan yang
diberikan tidak menepati kehendak pelanggan, itu boleh dianggap sebagai
diskriminasi yang menjejaskan pelancongan di negeri dan negara ini.
"Penilaian mestilah berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan. Jika memakai tudung dan individu itu memberikan perkhidmatan
yang baik, itu adalah asas kepada kualiti pekerja di destinasi
pelancongan tesebut," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat
Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, semalam.
Dua hari lalu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Tan Sri Noh Omar menyarankan agar pihak berkuasa tempatan
menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja
wanita Islam memakai tudung semasa bertugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan