BATU GAJAH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah
dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu,
Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya
hari ini.
Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak berpuas hati
dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak.
Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak.
“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia
orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.
“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain
hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak
ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan