Jumaat, 24 November 2017

Dua lelaki larikan tiga beg berisi RM150,000

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Dua suspek lelaki disyaki melarikan tiga beg berisi wang tunai RM150,000 daripada sebuah van syarikat keselamatan berhadapan sebuah bank di Sri Serdang, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 pagi tadi, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata ketika ini pihaknya sedang membuat ops tutup dengan menahan empat pekerja syarikat keselamatan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran kejadian untuk melihat bagaimana kejadian itu berlaku dan polis akan memburu mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.–Bernama

Tiada ulasan: