SEREMBAN
– Hasil pemeriksaan keselamatan bomba Negeri Sembilan mendapati hanya 1
daripada 64 sekolah tahfiz seluruh negeri itu menepati aspek
keselamatan ditetapkan.
Selain itu, 41 daripadanya masih belum mendaftar dengan Jabatan Pendidikan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekolah tahfiz yang beroperasi
di negeri ini yang tidak menepati aspek keselamatan ditetapkan bomba dan
belum mendaftar, digesa berbuat demikian hingga Jun tahun hadapan.
“Pihak
sekolah diberi tempoh hingga Jun tahun depan dan jika gagal berbuat
demikian, sekolah mereka akan diarahkan tutup serta merta,” katanya
kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Beliau
berkata, sekolah tahfiz yang menepati spesifikasi keselamatan bomba di
negeri ini iaitu Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh bawah seliaan
kerajaan negeri. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan