KUALA LUMPUR– Seorang Pengurus Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan
tujuh kontraktor ditahan kerana didakwa terlibat rasuah dan
penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembersihan.
Kesemua
suspek termasuk tiga wanita berusia antara 37 dan 61 tahun ditahan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dalam operasi di
beberapa lokasi dari jam 3 petang hingga 6 petang, semalam.
Difahamkan,
pengurus kanan DBKL berkenaan dipercayai meminta dan menerima rasuah
secara bulanan daripada kontraktor terbabit sejak 2014 hingga tahun ini.
Pengarah SPRM, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan penahanan kesemua suspek berkenaan.
Beliau
turut mengesahkan perintah reman selama lima hari terhadap enam suspek
mulai hari ini untuk membantu siasatan, manakala seorang kontraktor
perempuan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan,
semalam.
“Kita telah menjalankan siasatan dan mempercayai bahawa terdapat unsur-unsur rasuah dalam kes ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan