KUALA LUMPUR – Pengguna iOS bakal menikmati kemudahan menyemak status halal sesuatu produk menerusi aplikasi mudah alih ‘Verify Halal’
Aplikasi
yang dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan
satu projek dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd.
Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata,
pelancaran itu memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk
sekali gus menunjukkan komitmen Jakim dalam membangunkan industri halal
di negara ini.
“Saya
difahamkan aplikasi berkenaan sangat mudah digunakan dan pengguna hanya
perlu semak dan imbas kod produk menggunakan telefon pintar.
“Malah,
aplikasi berkenaan turut membekalkan maklumat produk halal makanan,
kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa
yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya semasa berucap dalam Majlis
Perasmian Ekspo Makanan dan Minuman Antarabangsa (MIFB) di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut
hadir Pengerusi Sphere Exhibits Malaysia, Chua Wee Phong, Penolong
Pengarah Hab Halal Jakim, Mohd. Safzan Mohd. Mukhtar dan Ketua Pegawai
Eksekutif Serunai Commerce, Amnah Shaari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan