SHAH ALAM: Aktres popular Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya
Yulia Rachmawati menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas tiga
tahun menderita kanser serviks.
Berita itu disahkan adik Allahyarhamah, Nia Anggia menerusi Instagram sebentar tadi.
"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez.
"Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya (sokongan) selama ini. I love you Yuli," demikian tulis Nia.
Julia, 36, menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit (RS) Cipto Mangunkusumo, Jakarta.
Tahap kesihatan aktres itu dilaporkan mula merosot dan membimbangkan
sejak April lalu, apabila tidak dapat mengingati dan mengenali orang
sekelilingnya dengan baik.
Allahyarhamah sebelum ini disahkan menghidap penyakit kanser serviks tahap empat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan