Beliau kesan isu yang pernah dibangkitkannya sebelum ini tidak diberi perhatian.
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah menyarankan kewarganegaraan rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu dibatalkan.
Beliau dalam masa sama berkata, golongan sedemikian tidak layak tinggal di dalam negara ini.
“Tidak ada dalam sejarah negara dunia, yang mana rakyatnya tidak tahu berbahasa bahasa kebangsaan atau bahasa negara masing-masing.
“Ia hanya berlaku di Malaysia. Negara yang begitu caca merba dalam menangani agenda negara atau nasional. Kita lebih memandang tinggi bahasa asing daripada bahasa sendiri yang merupakan bahasa negara,”katanya dilaporkan sebagai berkata.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang mahasiswa Jepun yang terkejut apabila mendapati ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Kenyataan mahasiswa itu menjadi viral di laman Facebook sejak kebelakangan ini.
Dr Ridhuan Tee selain itu kesal isu ini diremehkan oleh kerajaan apatah lagi memaklumkan pernah membangkitkan perkara yang sama sebelum ini.
“Apakah kita tidak sedar akan implikasinya kepada masa depan negara. Sampai bila mahu berpolitik. Politik yang tidak pernah menguntungkan agenda negara. Tetapi lebih kepada untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.
“Bahasa bukan setakat bahasa, ia melibatkan banyak perkara bersangkutan dengan semangat patriotisme, kesetiaan rakyat dan sebagainya. Ia bukan perkara kecil seperti yang disangkakan orang politik.
“Apabila tidak tahu bahasa Inggeris dan Mandarin, menjadi satu kerisauan besar. Tetapi bila langsung tidak tahu bahasa negara, tiada siapa kisah. Apakah kita sedang membina negara atau membina empayar politik?” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan