Rabu, 8 Februari 2017

Mufti sekali lagi nafi campurtangan kerajaan dalam fatwa

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Semua fatwa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang adalah muktamad dan tidak boleh dicampuri ahli politik, tegas Mufti Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini.
 
Perkembangan ini menyusuli dakwaan berbeza daripada seorang ahli jawatankuasa hari ini.
 
Wan Salim berkata tiada bantahan direkodkan terhadap fatwa kalimah Allah, “oleh mana-mana individu atau kumpulan”, yang melarang penggunaan 40 kalimah orang Islam oleh orang bukan Islam pada 2010, tidak seperti yang didakwa Md Saleh Ahmad.
 
Saleh dalam kenyataan hari ini mendakwa seorang exco membantah larangan itu dan mahu fatwa tersebut ditangguhkan.
 
Wan Salim, yang juga pengerusi Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berkata, Pulau Pinang mematuhi keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengenai fatwa kalimah Allah pada 2008.
 
Hasilnya, fatwa yang khusus bagi Pulau Pinang mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac 2010.
 
Wan Salim juga menafikan dakwaan mengatakan beberapa fatwa “ditangguhkan”.
 
 

Tiada ulasan: