Ahad, 11 September 2016

Biar orang lain rancang bajet 2017, kata Kadir kepada Najib

MALAYSIAKINI


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin membidas cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan ekonomi negara dan percaya hanya dengan menukar kerajaan BN mampu memulihkan keadaan semula.

Mengulas sebuah artikel dalam The Star hari ini mengenai bagaimana pusat asuhan kanak-kanak bergelut untuk terus berdaya saing, Kadir berkata tindakan tergesa-gesa Najib melaksanakan dasar gaji minimum adalah satu malapetaka.

Katanya, kes taska itu mencerminkan bagaimana syarikat kecil tidak mampu gaji dan pengguna pula terbeban untuk membayar kos tambahan yang berpunca daripada tindakan tersebut.

"Dalam ketaksubannya dengan ekonomi berpendapatan tinggi, (Najib) menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara pada 1 Julai tahun ini walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

"Ini di sebalik mengetahui bahawa kebanyakan majikan tidak berupaya membayar kadar yang ditetapkan.

"Atas sebab ini sahaja, beliau tidak lagi layak untuk terus menjadi perdana menteri.

"Anggap ini sebagai maklum balas terhadap permintaannya untuk mendapatkan input awam bagi bajet 2017.

"Biar orang lain merancang bajet," kata Kadir secara sinis dalam satu catatan blog.

Najib, yang juga memegang jawatan menteri kewangan di sebalik kritikan akan membentangkan bajet 2017 pada sidang Parlimen akan datang.

Tiada ulasan: