MALAYSIAKINI
Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di
belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri
itu dipecat dari parti semalam.
Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara.
"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam kenyataan berasingan.
Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.
Justeru katanya tindakan MT Umno semalam merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.
"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.
"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.
"Apakah MT menyangka kami akan menerima dengan hati yang lapang atas tindakan yang tidak beretika ini? Jika seseorang timbalan presiden boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi ahli marhaen seperti kami ini. Justeru apakah yang generasi muda boleh sandarkan kepada umno kini?" katanya.
Pergerakan itu juga meminta isu nasional yang menjadi keresahan rakyat wajib diselesaikan secara tuntas berlandaskan undang-undang.

- Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya
- Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden
- Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh
"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam kenyataan berasingan.
Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.
Justeru katanya tindakan MT Umno semalam merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.
"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.
"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.
"Apakah MT menyangka kami akan menerima dengan hati yang lapang atas tindakan yang tidak beretika ini? Jika seseorang timbalan presiden boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi ahli marhaen seperti kami ini. Justeru apakah yang generasi muda boleh sandarkan kepada umno kini?" katanya.
Pergerakan itu juga meminta isu nasional yang menjadi keresahan rakyat wajib diselesaikan secara tuntas berlandaskan undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan