Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: PAS berpendapat adalah tidak wajar Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Sarawak mengeluarkan arahan supaya kesemua ahli
Parlimennya menolak usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang
dibentang parti itu dalam parlimen hujung Mei lalu.
Ini kerana jelas Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad, usul
berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam,
justeru ahli Parlimen BN di Sarawak khususnya beragama Islam tiada
sebab kukuh untuk menolak RUU berkenaan.
Malah tegasnya lagi RUU berkenaan hanya untuk memperkasakan Akta
Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman ke atas penganut agama Islam
sahaja.
"Ia langsung tidak menyentuh masyarakat bukan Islam. Oleh itu tidak ada
sebab kenapa ahli Parlimen BN (Sarawak) tidak boleh menyokong RUU itu,"
katanya melalui kiriman aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
Tan Sri Adenan Satem mengarahkan kesemua 25 ahli Parlimen Sarawak supaya menolak RUU berkenaan.
Sebelum ini, Adenan turut berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan
Negeri Sarawak untuk menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam
53 inisiatif pemerintahannya.
RUU berkenaan akan dibentangkan untuk dibahaskan dalam sesi Dewan
Rakyat pada Oktober depan, selepas ia ditangguhkan bagi memberi masa
kepada semua ahli Parlimen untuk meneliti RUU berkenaan sebelum apa-apa
keputusan dibuat.
Tambah Iskandar lagi, usaha PAS ini adalah untuk umat Islam dalam memperkasakan hukum mengikut syarak.
"Yang penting PAS telah berusaha untk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai sebuah parti Islam. PAS berpendirian RUU ini penting kerana ia
memperkasa Mahkamah Syariah," jelas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan