Selasa, 21 Jun 2016

Taring PAS Tak Tercabut Walaupun Hilang 18846 Undi




 
Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR


1. Dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar telah berlalu dengan *kemenangan berpehak kepada BN dan kekalahan kekal milik pembangkang Blok ketiga (Pas) dan Pakatan Harapan (Amanah)*. Saya mengucapkan tahniah kepada semua parti dan calon yang menyertai PRK kali ini dengan pencapaian undi yang diperolehi.

2. Apa yang dapat saya perhatikan kali ini ialah perubahan strategi Umno BN yang tidak lagi menghalakan serangannya kepada musuh tradisinya iaitu Pas. Perubahan strategi ini adalah disebabkan perubahan politik pembangkang di mana *Pas tidak lagi berada dalam mainsterim blok pembangkang* malah dilihat Pas bertembung dengan mainsterim pembangkang.

3. Perkiraan Umno Bn ialah, tak perlu mereka menyerang Pas kerana Pas tiada peluang untuk mendapat undi bukan Melayu. Apa yang dilakukan Umno Bn ialah melakukan *kepongan terhadap undi Melayu jangan beralih ke Pas atau Amanah.* Pendekatan politik matang Pas yang tidak menyerang Umno Bn masih belum dapat mengalih pengundi Umno yang sedang dilanda krisis ke dalam peti undi Pas.

4. Keputusan 2 PRK menunjukan *Pas memperolehi undi hampir sama seperti PRU11 pada tahun 2004* di mana PRU11, pengundi bukan Melayu memehak pada BN. *Pas hanya memperolehi undi tegar.* Jumlah undi yang di perolehi Pas pada *PRU11 (2004) Sg Besar 7,988 dan K.Kangsar 5,748*. Dan inilah yang juga yang diperolehi pada 2 PRK malah berkurangan, *undi Sg Besar 6,902 dan K.Kangsar 5,684 berbanding pencapaian 2004*.

5. Pas juga kehilangan undi 11,394 di Sg Besar dan 7,452 di Kuala Kangsar berbanding undi yang diperolehi pada PRU13 yang lalu. *Namun taring Pas tetap kuat tidak tercabut.*

6. Apa akan terjadi pada PRU14 nanti sudah boleh dilihat pada corak 2 PRK yang baru berlalu. Adakah jumlah undi yang diperolehi Amanah boleh membantu mereka mencaturkan strategi politik bagi menghadapi PRU14 terserahlah pada parti Amanah dan PH menganalisanya. Yang penting *taring Pas tidak tercabut walaupun kehilangan 18,846 undi di 2 PRK*.

KETUK KETUK RAMADZAN, ALHAMDULILLAH.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎LawanTetapLawan‬
‪#‎TerusBerjuang‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬

- DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR,PEMERHATI POLITIK JALANAN

Tiada ulasan: