KUALA LUMPUR: Petisyen pilihan raya pertama selepas pilihan raya negeri
Sarawak pada 7 Mei difailkan oleh calon terus Barisan Nasional (BN)
Datuk Hii King Chiong bagi mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.
Peguam Peter Lin Kuan Yuh, yang mewakili Hii, berkata petisyen itu
difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri semalam atas alasan
kemenangan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP tidak sah kerana beliau
didakwa menjadi warganegara sebuah negara lain.
"Petisyen pilihan raya ini difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17(g)
Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan," katanya dipetik
Bernama.
Untuk rekod, mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang Anggota Dewan
Undangan Negeri akan hilang kelayakan sekiranya beliau secara sukarela
mendapatkan kewarganegaraan sebuah negara lain.
Dalam pilihan raya itu, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam
pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan Bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan