Mesyuarat Agung Pemuda DAP bahagian Jelutong, Pulau Pinang meluluskan usul agar Pimpinan Pakatan Harapan dapat mengkaji dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan pertandingan 1 dengan 1, bagi mengelakkan peluang dan kesempatan dapat diambil oleh Barisan Nasional.
Mereka juga meluluskan usul agar pimpinan DAP Kebangsaan dapat mengadakan perbincangan bersama dengan parti PKR dan Amanah, supaya dapat menubuhkan Kabinet Bayangan untuk menyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan dapat menerajui pentadbiran di Putrajaya.
Di samping itu, mesyuarat itu juga melaluskan usul menggesa supaya Datuk Sri Mohamed Apandi bin Ali, Peguam Negara untuk meletak jawatan akibat kegagalan mengambil tindakan perundangan terhadap skandal-skandal yang menimpa negara Malaysia, terutamanya berhubung dengan isu RM4.2 billion;
Mereka juga berharap agar pimpinan DAP kebangsaan dan negeri Pulau Pinang dapat bermula dengan kerja siap-siagaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.
Mereka juga menuntut agar Perdana Menteri menjelaskan pertuduhan berhubung dengan RM4.2 billion dengan kadar segera dan menggesa supaya Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dapat mengambil tindakan sewajarnya tanpa perasaan takut (without fear or favour).
Mereka juga menuntut supaya parti PAS sedar bahawa negara Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan dan sekular. Sebarang usul ataupun cadangan yang menyekat dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara tidak patut dibangkitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan