PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus
menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam
berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial hari ini.
Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata,
foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan
berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi semalam.
"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya
suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan
beragama Islam," katanya yang dipetik mStar Online.
Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia
sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan
rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.
Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.
Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media
sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan.
Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah
percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia
terlebih dahulu.
Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai
reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta
pengesahan mengenainya.
Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.
"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan