KOTA BHARU – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno akan memberi kesan kepada parti itu.
Walau bagaimanapun, kesan tersebut hanya perkara biasa berlaku pada mana-mana parti yang berdepan situasi seperti itu, malahan ia hanya bersifat sementara dan akan berakhir dalam waktu terdekat.
“Kesan itu sedikit sebanyak mesti ada, tetapi hanya sehari dua. Selepas itu kita akan bertaut kembali,”katanya kepada media di sini.
Beliau meluangkan masa setengah jam menziarah Ketua Biro akhbar The Star Kelantan, Tunku Syed Azhar Tunku Syed Mohammed yang menjalani pembedahan komplikasi jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan